Friday, 1 July 2011

I LOVE ME!

-versi skema -

I LOVE ....


Saya suka kucing.. Tuhan saja yang tahu betapa saya suka kucing. Dulu,saya pernah bela kucing. Saya bahagia walaupun saya yang kena buang sisa buangan kucing-kucing saya. Sabar ajalah! Dulu makanan kucing lebih banyak dari makanan untuk saya dirumah. Ada 3 ekor kucing ketika itu. 1 ekor jantan & 2 ekor kucing betina. Nama mereka Chelsea,Drogba & Crespo, Kucing-kucing saya sangat sombong dengan saya. T_T. Iyaa,sangat sombong. Kalau mereka tidak berkehendakan apa-apa,mereka akan duduk jauh-jauh dari saya. Kalau mereka lapar baru la mereka buat muka tidak bersalah bermanja-manja dengan saya. Agak lama saya memelihara mereka. Dipendekkan cerita saya terpaksa berpindah. Kucing-kucing tidak dapat dibawa bersama. Terpaksa meninggalkan mereka,waktu itu sangat sedih..Tuhan sahaja (juga) yang tahu. Hari ini saya masih ada keinginan untuk membela kucing. Tapi hari ini saya juga sudah ada sedikit kesedaran. Mungkin saya bahagia kerana menjaga kucing-kucing itu,tetapi bahagiakah mereka? Lagi pun duduk dirumah flat memang tidak sesuai pelihara kucingkn? 



SPONGEBOB,JIMMY NEUTRON & TOM JERRY ARE MY FEV!
 Kalau saya tertekan ada beberapa perkara yang akan saya lakukan. Antaranya saya gosok baju-baju saya,kadang-kadang saya masak walaupun bahan tidak cukup,ataupun saya akan tidur kerana saya bukan seorang pemikir. Saya lebih rela biarkan aja masa yang perbaiki keadaan. Jangan tiru ye tuan hamba semua. Ada 1 lagi perkara yang akan saya lakukan untuk melupakan sementara masalah saya. Saya akan tonton kartun kegemaran saya. Kadang-kadang saya dah tengok episode yang sama 3-4 kali tapi tetap saya tengok juga. Ada sebab kenapa saya buat begitu. Antaranya,saya suka tengok pergerakan & warna kartun tersebut. Seolah warna-warna dah pergerakan itu mampu menenangkan perasaan saya buat masa itu. Mungkin tuan hamba boleh cuba nanti. :)



SENI SATU ANUGERAH!

 Ibu saya adalah wanita yang paling saya kagumi dalam dunia ini. Walaupun dia cuma seorang suri rumah,tidak bekerja,tidak kisah tentang gaya. Ibu saya adalah wanita paling sederhana yang saya pernah kenal dalam hidup saya. Ibu saya ada sesuatu yang ibu-ibu orang lain mungkin tidak ada. Ibu saya seorang yang sangat kreatif. Dia pandai menjahit,dia pandai mengait,dia pandai buat key chain dengan mengunakan manik-manik dan macam-macam lagi. Saya bangga dengan kebolehan ibu saya. Dan saya lebih bangga kerana saya ada sedikit kebolehan yang ibu saya ada. Saya minat dengan setiap apa yang ibu saya boleh lakukan cuma saya belum ada dorongan untuk buat secara bersungguh (Serious!). Sebagai contoh,saya gemar buat kad ucapan saya sendiri. Tapi biasanya yang akan dapat kad buatan tangan itu pastinya orang yang sangat istimewa dalam hidup saya. Saya harap orang itu menghargainya. :) Saya juga harap saya tidak akan hilang minat saya ini sehinggalah ke akhir nafas saya. Amin!!




KASUT SARUNG TAPAK RATA KEGEMARAN HAMBA ^_^!!


















Selesa,comel,bergaya! Itu paling penting bagi saya. Selain kasut seperti diatas saya juga sangat meminati kasut sukan. Tapi saya bukanlah seorang yang kuat bersukan.Teheeee,saya cuma bersukan dalam rumah saja. Ada 1 kasut sukan cukuplah,tidak perlu banyak-banyakkan? Tapi sebagai seorang perempuan saya juga meminati kasut tinggi tapi saya memang tidak serasi dengan kasut tinggi. Nanti sakit kaki lah,penat ter'lampau'lah.. Kalau beli sekali pun mesti jadi perhiasan saja. Pembaziran!! Pendek kata,saya suka kasut sarung tapak rata ala kasut ballet!



SAYA SUKA WARNA WARNI!

Saya memang suka warna-warni. Kalau saya beli accessories untuk diri sendiri,tidak kiralah keronsang atau apa pun kebanyakkannya mesti berwarna-warni. Tapi hanya untuk accessories tidak pulak untuk perkara lain. I just love colour so much! Thank god sebab saya dilahirkan boleh melihat warna-warna ciptaan Tuhan. Alhamdulillah! 




YUMMMMYY!! :)
Satu lagi yang saya suka adalah sayur-sayuran!! Percaya? Dulu masa kanak-kanak punyalah susah nak makan sayur. Cuma baru-baru ini saya mula suka makan sayur. Kalau dulu rasa sayur sangat tidak disukai lain pulak ceritanya sekarang .Sekarang saya boleh makan tomato mentah-mentah,dulu sampai dipaksa. Lagipun macam yang semua maklum,sayur banyak kebaikan jadi saya sangat bersyukur biarpun macam dah agak terlambat tapi masih belum terlambatkan. ;)

BAS & SAYA
Akhir sekali saya suka naik bas. Kerana masa saya berada dalam bas,saya leka. Saya betul-betul bersyukur kerana saya dapat melihat. Dengan mata ini lah saya perhatikan banyak perkara & telatah alam & ciptaan tuhan yang maha berkuasa,maha besar. Kadang-kadang ada yang buat saya tersenyum,terfikir & kadang-kadang saya terleka. Walaupun saya bercita-cita untuk punya kereta sendiri itu tidak bermakna saya akan lupakan bas! Never!! Ok,insyallah Never! ;)

Baik,sampai sini saja untuk kali ini. Terima kasih kerana membaca.. Sayang kamu! :)