APA PEREMPUAN SUKA?
Hari tu ada sorang rakan sekerja bertanya pada RS. Perempuan suka apa ye? Takde lain mesti tengah berusaha nak mengayat seseorangla tu. RS ms tu mcm blur kejap. Bukan blur sebab tak tau tapi blur sebab banyak sangat pilihan. Untuk lelaki diluar sana boleh la cube idea/pendapat RS ni yer. Kot-kot berjaya mengikat hati dara pujaan. Huhuhu..
PEREMPUAN SUKA :
BUNGA
Dah tentula,dah memang sifat perempuan diciptakan lembut & suka pada kecantikan & keindahan. Bunga Rose la paling sesuai kalau bab nak mengorat menarik hati perempuan.
Tetapi ingat setiap warna bunga rose membawa maksud yang berlainan. Jadi sila la tanya orang yang jual bunga tu dulu sebelum korang nak beli ye. Tapi kalau RS,RS suka bunga rose merah (dah tentulakn) & Rose putih. Aiihh sgt la romantik. Sebelum tu jugak, risik-risikla dulu kalau-kalau si dia tu alergik bunga. Karang sia-sia je usaha murni korang tu.
BERUANG TEDDY
Mungkin bunyinya sangat kebudak-budakkan. Dan harus di akui yang ini hanya disukai oleh perempuan berumur dalam lingkungan 30 tahun ke bawah. Jadi kalau buah hati anda berusia lebih dari lingkungan ini sila rujuk senarai yang berikutnya. Bayangkan kalau korang bagi si dia seekor beruang yang lembut & comel,si dia pasti akan sentiasa ingat pada korang kerana setiap kali dia pandang beruang tu dia ingat korang. Beruang = korang,korang=beruang. Hahaha,korang beruang ke? Korang x perlula kot beli beruang besar yang 300-400 tu,beli yang sedang2 je. Yang boleh dia letak atas katil supaya dia pandang selalu. Mana tau dengan cara ni dia tersuke kat korang? Mudah-mudahan!
COKLAT
Siapa yang tak suke coklat kat sini? Angkat tangan tinggi-tinggi.. Rugi betul korang ni,coklat la antara pemanis paling lazat yang tuhan kurniakan untuk manusia tahu. Tapi tak ape la,tak kan nak paksa korang telan coklat pulak,baik masuk mulot RS ni je ha. Hahaha.. Ok lelaki dengar sini baik-baik. Perempuan suka coklat. Selalu kalau dia happy dia akan makan coklat,kalau dia sedih pun dia akan makan coklat. Jadi tak perlu cerita banyak la,belikan aje si dia sekotak coklat. Carila bekas dia tu yang agak2 menarik,bentuk hati ke ape ke.. Presentation tu perlu gempak2 sikit. Biar dia terharu & tergamam sampai tak boleh cakap ape. Kalau nak kombo dengan bunga pun sangat-sangat sesuai. Jd Si dia akan extra terharu.
PAKAIAN/KASUT/BAG
Yang ini sesuai untuk mereka yang dah sangat2 mengenali buah hatinya. Yang mungkin bertahun-tahun kenal,bertahun-tahun simpan perasaan. Tak sesuai untuk mereka yang baru kenal semalam okey!! Bukan apa,kalau korang tak kenal macam mana korang nak agak apa yang dia sukekn. Ape saiz baju dia. Sebagai contoh korang ajak adik perempuan korang yang memang suka bergaya femenin g belikan kasut tinggi sedangkan si dia yang korang suka tu seorang yang sporty/simple. Suke kasut sport atau pun kasut flat ala penari ballerina. Agak-agak dia pakai tak kasut tumit tinggi yang korang belikan tu? Mungkin dia akan terima dengan kehairanan lepas tu simpan kat 1 sudut dalam bilik dia lalu dilupakan.Nak ke camtu? Baik jangan ok.
BARANG KEMAS & WANGIAN
Ada wanita sangat suka pada wangian & juga barang kemas. Barang kemas tak semestinya emas,intan berlian ye. Ada yang suka silver,ada yang suka emas putih ada jugak yang suka stainless steel. Korang agak-agakla. Kalau nak class belila Tiffany & Co,kalau tak beli je yang korang rasa sesuai.Perempuan memang kebanyakkannya suka wangian. Tapi untuk tips yang ke-5 ni korang perlukan seseorang untuk membantu korang buat pilihan tahu. Perlu di ingat bahawa taste lelaki & wanita jauh berbeza. Jadi bawakla kakak ke,adik perempuan ke tak pun kawan perempuan korang untuk tolong pilih barang kemas/wangian. Membantu? Harapnya dapat membantu.
MASA & PERHATIAN
Kadang-kadang seorang wanita tu tak perlukan harta benda. Kadang-kadang dia Cuma perlukan perhatian dari korang. Sekurang-kurangnya untuk berkongsi pendapat,berkongsi masalah. Rasa nya dah ramai yang berjaya dengan cara ini. Tapi ingat,korang kena la jujur. Janganla semata-mata nak rapat dengan dia korang pura-pura ambil berat sedangkan korang tak berminat pun nak tahu tentang masalah dia. Mungkin korang berjaya ambil hati dia hari ini,tapi kalau 1 hari nanti dia dapat tau anda tak ikhlas /jujur pasti dia kecewa dan susah untuk memaafkan korang.Percayalah! Jadi,Honesty is the best policy!
AMBIL TAHU MINAT SI DIA
Ambil tahu minat si dia. Lain perempuan lain personalitinya walaupun hamper sama je. Kalau si dia minat memasak,cubala belikan dia buku resepi tak pun beri kritikan /pujian membina. Jangan lah kondem pulak! Kalau si dia minat fotografi,cube belajar serba sedikit tentang fotografi supaya korang ada bahan untuk menarik perhatian si dia. Kalau si dia minat menyanyi,ajakla dia pergi karaoke. Senang je kan?
MANJAKAN MEREKA
Perempuan memang suka di manjakan. Cube 1 hari tu korang ajak dia pergi buat sesuatu yang menenangkan dia selepas seminggu penat bekerja. Lupakan masalah buat sementara waktu. Untuk yang berkemampuan,boleh la ajak pergi spa tak pun kalau si dia seorang menjaga penampilan boleh la ajk pergi salon. Kalau tak punya budget yang banyak,ajaklah si dia pergi air terjun. Lagi special kalau sediakan makanan sekali,ala beli fast food pun ok pe.Tapi jangan la ajak dia sorang je,Ma***s dia tak nak,kenal pun tak lagi dah ajak pergi air terjun berdua je? Gila ke? Ajaklah kawan-kawan dia sekali,tak ada la dia kekok atau was2 dengan korang.Perlu logik ok & wajib melayan seorang perempuan dengan pernuh hormat supaya diorang akan ingat dan hormat korang juge.
HORMATI SI DIA
Macam yang ditulis kat atas,wajib hormat perempuan seperti mana korang hormat mak korang. Andai kata korang kenal keluarga & kawan-kawan si dia,hormatilah mereka. Cuba kenali meraka seperti korang cuba kenali si dia. Kerana,korang akan mengenali si dia lebih melalui keluarga dan kawan-kawannya. Dari situ korang akan lebih memahami si dia & dah tentu korang akan di support oleh kelurga & kawan-kawan si dia nanti. :)
IKHLAS & JUJUR
Pokok pangkalnya hati. Mungkin kalau korang betul-betul ikhlas korang tak perlu keluarkan wang ringgit pun kot.Mungkin si dia akan nampak sendiri kesungguhan & keihlasan serta kejujuran hati korang tu. Siapa tahu dia pun suka kan korang. Cuma tunggu korang mula langkah pertama je. Sentiasa kena ingat yang perempuan sukakan kejujuran & keikhlasan (kebanyakkannya). Kenali lah si dia dan ambil hatinya. ;)
Rasanya tu je kot,tapi kalau korang ada idea yang lebih kreatif lagi bagus. Ape pun,good luck kepada lelaki-lelaki semua. ;)
P.S: Sila ingat tarikh-tarikh penting ye macam tarikh lahir si dia. Perempuan akn terharu kalau lelaki ingat itu semua. ;)
P.S.S: Jangan tunggu lama-lama,nanti lama-lama dia di ambil orang. :)