Assalamualaikum pembaca yang dihormati. Apa kabar?
Nampaknya cubaan RS untuk keluarkan 1 post 1 minggu gagal juge.
IDEA BANYAK TAPI... |
Emm,nak kata ketandusan idea tak juge. Ada banyak ilham mencurah-curah. Ada je idea datang menyinggah di kota fikiran RS. Tapi RS selalu x punye masa yang cukup. Well 1 hr mmg la ada 24 jam,semua orang sama ja kan. Semua ada 24 jam sehari. Cuma samada kita pandai bahagi masa atau tak je. Dalam kes RS mgkn RS mmg tak pandai bahagi masa + RS selalu ja kepenatan menjelang waktu malam. Pukul 9 dah mula nak lelap tp lately RS tahan mata semata-mata nak tgk 1 movie setiap malam Dan juga RS ada homework yang mana yang ini pun selalu ja tak siap.
ADA HOMEWORK JUGA KA |
Homework? Dah keje pun ade homework juge ka? Yup,RS mmg dah bekerja & mmg ada homework. Homework ni bukan lah wajib pun. Boss tak suruh pun tapi mmg RS perlu sangat buat homework. Untuk pengetahuan semua RS bekerja sebagai Trainer/Guest Care di sebuah pusat terapi. Secara ringkasnya RS perlu banyak ambil tahu tentang kesihatan.Kerja RS mungkin pada setengah orang macam xde ape,class pun xde. Kachanggggg!! Kachang ye? Sile cube sehari,sehari pun jdla. Nk tengok kachang ka x kachang. Huhuhu,ter’EMO’ pulek.
BAHAN BACAAN : INFO KESIHATAN SAHAJA |
Baik,jadi kerja RS ni menuntut RS supaya banyak membaca --> Buku/Majalah/Info Kesihatan. Iye,kesihatan! Dulu ms sekolah subjek Sains so so aje,sekarang sila la hadap semua ni. Ada kene mengenakah? Huhuhu… Jd sebagai trainer RS perlu la ada banyak info tentang kesihatan + tunjuk contoh yang baik yer. Dan bersiap sedialah dengan soalan-soalan yang bakal di soal. Kadang-kadang ada jugak soalan bombastic. Ngeee ~
AUDIENCE HARI-HARI ADA |
Everyday…. Secara bergilir-gilir dengan manager & trainer yang lain kami akan bercerita or bg presentation kat depan kira-kira 20-40 orang dalam 1 masa. 1 hari ada 14 sesi,jadi ada 14 kali present. Ermmm,sila bayangkan. Setiap hari kami trainer-trainer akan bercerita sehingga lah akhirnya kami sudah tidak ada idea lagi. Tak kan nak ulang-ulang dan ulang lagi cerita yang sama setiap kali betul x? Takkan kami nak berdiri di depan tanpa bahan? Takkan nak berdiri je di depan? Takkan nak buat lawak mengarut? Takkan nak tggu sampai boss lempar dengan kerusi? Errr,wish that will never happen. =)
Jadi oleh kerana sudah bosan dengan bahan yang ada,maka kami perlu la tambah slide-slide yang ada yang boleh kami kaitkan dengan produk kami tu. Ada banyak tajuk. Nak tau tajuknya? Nk? Nah ambik :
1. Accupressure & Accupunture
2. Appetite
3. Blood Circulation
4. Chiropractic
5. Cholestrol
6. Diabetes
7. Heat Therapy
8. Hypertension
9. Immune System
10. Kidney
11. Metabolic Syndrome
12. Mind & body
13. Natural Healing
14. Stroke
15. Why Sick
16. Products
Ok,so ada 16 tajuk yang boleh kami jadikan slide & RS sedang mengusahakan Slide Kenapa sakit? Masih tersangkut dah hampir 3 hari & masih sedang diusahakan (ada je dugaan. Laparlah/cite kat tv best sgt la/mengantuk sangatlah). Harapnya kami boleh buat slide semua tajuk diatas ni. Pe pun RS suka kerja ni. Ni la kerja yang RS boleh berikan sesuatu kepada masyarakat. Once ada masa lapang je RS akan cube buat post baru ye. Insyallah!
Ok,itu saja untuk kali ini.. Jumpe nanti ye. Sayang korang semua.. :3
P/S: Suka lagu Sungai Lui by Aizat. Tenang je perasaan bila dengar lagu 2.. =)
No comments:
Post a Comment