Sunday, 5 June 2011

FEVRET 8 ARTIS WANITA MALAYSIA

Siapa bilang gadis Malaysia tak menawan,tak menarik hati? ~~

Halo..halo,halo! Ape kabar? Sihat? Dah ganti puasa? Ohooo,RS secara jujur tanpa selindung dan dengan rasa malu yang tak berbelah bagi mengakui yg RS masih belum ganti puasa. Kenapa? Umm (Sila kembali ke topik asal).. Tapi hari ni topic kite bukanlah pasal ganti puasa ye.. Baiklah jom kita kembali kepada topik kali ini.. RS nak cerita kepada y’all semua tentang pendapat RS tentang 8 artis tercantik di Malaya. Well ini pendapat RS ye.. Mungkin tak kan sama dengan pendapat y’allkn. Pun begitu RS yakin bahawa y’all msti sokong yg wanita Malaysia sememangnya cantik dan punya gaya  tersendiri. Betul tak?

Ok,mari kita start from nombor… Oh ye.. kata 8 wanita tercantikkn? Jadi tak perlu la nombor2.. RS susah nak buat pilihan maklumla semuanya cantik-cantik.

Mempersembahkan..

8 ARTIS WANITA TERCANTIK (MALAYSIA) YANG DIMINATI


Vanida Imran


Tak tau la ape yang Vanida dah makan atau amalkan sehingga terlalu ketara perubahan pada diri dia. Kalau y’all ingat lg tak masa dia belakon iklan Petronas yang kasut buatan Gombak tu. Ingat lagi tak? Kalau ingat mesti y’all can see the different kn? Hari ini RS memandang Vanida dengan penuh rasa kagum sebab dia semakin hari semakin cantik. Bukan tu aje,RS pun suke tangok dia belakon. Lembut je.. Haih.. cantiklah senang cite. ;)


Erra Fazira



Well known artist kak Erra kita ni. Bukan setakat berlakon tapi menyanyi pun boleh. Rupa paras yang ada merupakan satu bonus buat Erra untuk terus berada dalam dunia seni. Tapi pling RS kagum pada Erra adalah bakat yang ada pada dirinya. Baru-baru ni RS ada tonton lakonan Erra melalui telemovie Sanggul Beracun. Dan RS sangat menyukai lakonan Erra.



Maya Karin


Maya Karin,well known Pontianak di Malaysia ni.. Setuju?? Tak sila RS 1 st time RS tgk MK masa dalam cerita Seri Dewi Malam. Jalan cerita dah tak ingat. Yelah,berapa tahun dulu punye cerita pun kan.. Lepas tu dalam cerita No Problem. Tapi lepas MK belakon dlm Pontianak Harum Sundal Malam baru la nama MK naik meletop2,kebaboooomm... Well done to MK sbb kerana lakonan beliau di dalam PHSM itulah beliau dikenali & mula di kagumi.



Lisa Surihani


Si manis Lisa Surihani bukan nama asing lagi dalam dunia hiburan tanah air kita. Dulu-dulu ms remaja kita mula kenal dia dalam iklan Johnson & Johnson kn? Sekarang LS sudah banyak belakon filem. Masih ingat lakonan LS dalam I'am not Single. Ms tu kita boleh tengok lakonan LS masih kaku & banyak perlu di perbaiki.  Well,kalau suruh RS belakon mmg cicir 10 batu la dari LS kn. Apa yg RS msksudkan LS boleh pergi jauh sekiranya LS tingkatkan lagi usaha. Paling penting hari ini tahap lakonan RS sudah jauh lebih baik & RS pling suka lakonan LS dalam AdaMaya the series. Sgt berkesan di hati RS. Keep up the good work ye LS! ;)



Juliana Evans


Juliana Evans,dambaan ramai lelaki Malaya. Haish,mestila jadi dambaan.. Dengan rupa paras yang cantik & style tersendiri dah tentu menarik perhatian ramai. Masih ingat cerita K.A.M.I? To be honest,RS tengok cerita tu (Tak berapa nak ikut) adalah disebabkan pelakon wanitanya. Kerana ramai perempuan cantik. Haisshh,jangan pikir bukan2 pulak ye.. RS mmg suka tengok perempuan/lelaki cantik/hensem sebab mengagumi ciptaan Tuhan (Titik!!). Lepas drpd tu JE byk belakon drama kat astro tapi RS selalu je miss episod-episod cerita lakonan JE. Sibuk,kekadang xde ms nk ngadap tv. Apa pun RS harap JE akan terus berada dalam dunia lakonan Malaysia ni sebab RS suke JE sgt. Good luck ok!!


Nora Danish


Hot mama Nora Danish mmg jadi tumpuan. Masih ingat iklan Hotlink dulu-dulu? Yang ada beruang besar lakonan Nora Danish yang buat beliau jd top? Entah kenapa iklan Hotlink tu melekat kuat (mcm kena gam uhuuuu) dalam ingatan RS. Bermula dengan sitkom Puteri nama ND menjadi perhatian pihak media. Lakonan ND yang manja pasti je menarik perhatian penonton. Tak kira la lelaki ke perempuan. Hari ini meski pun ND dah bergelar ibu tunggal tp ND tetap maintain cun melecun. Kagum RS tengok. Dia tak nampak macam seorang ibu pun. Bertuah ND kerana diberi wajah Babyface. ;) RS hrp lps ni ND diberi watak yg lebih mencabar.


Nur Fazura


Nur Fazura!! Ini la artis wanita yang kalau dia belakon RS msti nakkkkkkk sgt tengok. Tak tau la kenapa. Mungkin sebab cara lakonan NF berbeza dari orang lain kot. Dari zaman Gol & Gincu ataupun Bicara Hati,RS tetap boleh melakat depan tv semata-mata nak tengok NF berlakon. Ermm,susah nak explain kenapa RS mnt NF. Tapi apa yang RS perasan NF mmg boleh belakon tidak kiralah apa pun watak yang diberikan. Perempuan kampung boleh,perempuan pisau cukur pun boleh pendek kata NF mmg berbakat. Diharap pada masa akan datang RS boleh tengok banyak lagi lakonan NF di kaca tv. ;)


Siti Saleha


Siti Saleha. Paling suka tengok lakonan dia dalam Nora Elena la. Yang sekarang tengah hangat kat TV3 tu. Sebenarnya SS dah banyak belakon drama tp RS baru je minat dia lepas mengikuti drama Nora Elena yang turut  sama dibintangi oleh pelakon kacak & berbakat Aaron Aziz. Sampaikan ramai orang tertunggu hari isnin bila menjelangnya hari Khamis semata-mata nak tengok Nora Elena pada hr Isnin minggu berikutnya (termasuk RS skali la (-_-)!!). Well good job & good luck kepada SS,semoga selepas ini SS dapat lebih banyak lagi offer untuk belakon supaya RS dapat tengok lebih banyak lagi lakonan SS! ;)

Baik... itu dia,8 artis Malaysia yang menjadi feveret RS. Sebenarnya banyak lagi yang feveret. Rozita Che Wan,Ayu Raudah,Faezah Elai,Intan Ladyana dan lain-lain. Semuanya cantik semuanya berbakat. Tapi yang disenaraikan kat atas ni antara terbaik diantara yang terbaiklah bagi RS. 

Jumpe lagi lain kali. Mungkin lain kali RS akan senaraikan pulak Artis lelaki feveret RS. Insyallah ~ ;)

P/S: Banyak betul dugaan nak publish post yang 1 ni.. Broadband mcm kampit,slalu putus-putus. Bila dah putus-putus mula la malas. Bila dah malas 2 minggu la baru siap 1 post. yang hairannya,bila shopping on9 ok pulak dia.. hahaha tak paham sungguh!

Tengah suka sangat lagu Selamat Tinggal by Dina ft Zizan (Tak sangka Zizan seorang rapper yg bagus!!) Love it so much.. Well done to both of them!




No comments:

Post a Comment