Wednesday, 18 May 2011

SEPARUH TAHUN 2011

Masa berlalu bagaikan angin ~~

Pejam celik pejam celik dah pun bulan 5. Rasa mcm baru hari tu masuk tahun 2011 kn? Bertapa cepat masa meninggalkan kita. Korang masih ingat lagi x azam yang dirancang pada awal tahun dulu? Emmm,Cik RS masih ingat. Memandangkan dah nak masuk bulan 6 x lama lg, Cik RS nk buat check list azam awal tahun dulu 2.. Dah ade yg berjaya ke,masih diusahakan ke atau dah terkubur terus?? Jom kite kongsi!!

Awal tahun dulu Cik RS berazam nak :

1)     LESEN MEMANDU
Dah bertahun-tahun Cik RS berazam nak ambik lesen tapi atas sebab masa,kewangan dll Cik RS xde pilihan melainkan menunda,menunda & menunda.. Haish,sgt memalukan..  Lagipun Cik RS bukannya dtg dari keluarga berada.. Ape yang Cik RS mahu kena la diusahakan sendiri.. Jadi bersyukurla kepada siapa yang datang dari kalangan orang2 yang senang ye.

Tapi Alhamdulillah,tahun ini Cik RS (boley la dikatakan) berjaya mengharungi,menepis halangan yang ada.. Misi masih belum berjaya sepenuhnye tapi Cik RS yakin menjelang bulan 7 Cik RS bakal memiliki lesen sah.. Insyallah (-_-),amin!! Jadi azam No.1 masih sedang diusahakan.


OKLA TU KAN? HAMPIR DAH!


2)    MENYIMPAN WANG MELALUI LOAN ASB
Ni satu lagi cita-cita Cik RS yg dok terbengkalai bertahun-tahun lamanya. 2 3 tahun dulu bila awal tahun je Cik RS mesti berangan-angan nak g bank,isi form untuk apply loan ASB x kiralah 30K ke,50K ke tapi paling hebat kalau boleh buat 100K teruskn? Huh,selama 2 3 tahun itu jugak la Cik RS gagal disebabkan kesibukan & sekali lagi kerana masih belum yakin dengan kedudukan kewangan Cik RS.

Alhamdulillah,tahun ini Cik RS berjaya mengisi form,meng’apply’ loan & paling penting loan tersebut sudah pun approved!. Berapa loan yg Cik RS buat? Biarlah rahsia.. Tapi boleh la klau nak bt duit pencen bile dah tua nanti.. Sungguh pun loan sudah approved Cik RS x boleh la nak happy2 sangatkan kerana ini adalah 1 komitmen yang perlu Cik RS patuhi.. Doakan semoga Cik RS tidak menghadapi masalah atau kesukaran pada masa akan datang ye.. Amin3x!!



BERJAYA? EMM,BERJAYA TAPI 25 TAHUN KOMITMEN MENANTI YE


3)     MEMILIKI KERETA SENDIRI
Tipula kalau ada diantara kita manusia (yang bernafsu) xde angan-angan nak memiliki kereta sendiri… Kn,kan,kannnnn?? Ok,kalau ada anda seorang manusia yang sangat hebat! Seriusly!
Macam Cik RS sendiri mmg ade beberapa jenis kereta idaman antaranya :


HYUNDAI SONATA
Hensem wooo!! Wink3x!




FORD FIESTA
Gorgeous!

Tapi sebenarnya Cik RS  suka kereta yang tinggi sbb Cik RS seorang yang ketot (jujur ye) & kecik /comel (uhuu,prsan pulak dia).. Bila berada dalam kereta besar & tinggi Cik RS rs sgt selamat,luas pandangan & paling penting rs sangat berkuasa.. Ye betul BERKUASA!! Hahaha… Terlebey sudah.. Tp bile cik RS ckp mcm tu pd Cinta hati cik RS ini respon beliau : camtu beli basla!! Ahahahaha.. -_-!! Sabar jela.. Ok,ni dia kereta yang paling Cik RS idam10xkan!!


MAZDA CX9
Gaya,mutu,keunggulan…




BMW X6
Gagah berani!

Ataupun


AUDI Q7
Wahhh, speechless! T_T


Pun begitu sehingga la ke hari ini Cik RS hanya mampu melihat mereka2 yg kaya raya memandu kereta idaman Cik RS sehingga la Cik RS dapat mengumpul RINGGIT MALAYSIA yg mencukupi. Korang rs Cik RS bercita-cita tinggi sangat ke?? Emmm,x salahkan? Tapi Cik RS rasa untuk mencapai target untuk memiliki kereta kat atas ni mungkin mengambil masa 5-6 tahun dari sekrang kecuali Cik RS tibe2 jd kaya raya esoklah kn.. Siapa tahu. Baiklah,sekiranya x dpt kereta kat atas ni dapat yang bawah ni pun besar rahmat dah buat Cik RS!!



Perodua Myvi 1.5
Comel tp Cik RS lagi suke design Myvi yg lama tu

Pun begitu (lagi),nampaknya cita-cita untuk ada kereta sendiri mungkin terpaksa ditangguh kerana terpaksa memberi laluan kepada komitmen No.2 tadi ye. Sbr ye my Myvi 1.5, you will be mine sooooooon!! Insyallah! Amin300x!! 

STATUS: MUNGKIN AKAN DITUNDA KE TAHUN HADAPAN

Itu dia 3 daripada 5 azam 2011 Cik RS. Ye2,masih ada 2 yang belum di ceritakan tapi Cik RS rasa cukup la dulu buat masa sekarang. Yang lg 2 tu biarlah Cik RS simpan dalam kocek sehinggalah berjaya Cik RS capai 1 hari nanti. Nanti cerita lebih2 apa pulak orang kata kan. Lebih baik kita usahakan dulu sampai berjaya. Okey,sehingga kita berjumpa lagi. Asalamualaikum..

P/S : Sayangi diri anda ye... :)

No comments:

Post a Comment